bunga mukmin/bunga ratu pari
Bunga Ratu Pari
Bunga
Mukmin juga dipanggil Bunga Ratu Pari tumbuh dikawasan pergunungan
Nepal. Ianya telah digunakan sebagai penawar sejak berkurun dahulu. Air
dari rendaman bunga ini telah menjadi ratu penawar pada pelbagai
penyakit. Harus diingatkan yang Bunga ini bukanlah
satu jenis ubat, tetapi lebih merupakan minuman penawar yang boleh
diamalkan sebagai satu alternatif kepada ubat-ubatan yang begitu mahal
dipasaran dengan pelbagai risiko apabila disediakan secara saintifik
dimana kebanyakkannya tidak dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan
dan sesetengahnya mengandungi bahan kimia yang membahayakan pengguna.
Dengan bunga asli yang memang anugerah dari Allah kita mempunyai
keyakinan yang ianya tidak memberi kesan yang tidak baik apabila
mengamalkannya InsyaAllah.
Bunga Herba Perubatan ini juga dalam nama saintifik dipanggil 'GOSSAMPINUS MALABARICA'. Sila CLICK. Lihatlah bagaimana lebih dari 900 laman web membincangkan tentang produk ini, dan digunakan diseluruh dunia.
Teh Ratu Pari
Teh
Ratu Pari adalah nama yang kita berikan kepada rendaman bunga ini,
Khasiatnya telah menjadi penawar besar kepada banyak pengguna. Begitu
ramai yang telah memberi kepujian tentang khasiatnya. Bagi mereka yang
tidak berpenyakit menyatakan mereka lebih tenaga dan banyak peluh,
begitu juga yang mempunyai penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis, Gaut
dan yang mempunyai masaalah berat badan telah memperolehi hasilnya.
Khasiatnya Membantu membuang toksid dalam badan, membantu memulihkan
tenaga, menghilangkan bisa-bisa dalam
tubuh dan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit seperti sakit urat,
lengoh dalam badan, Tenaga batin, memelihara badan selepas penat
bekerja, kebas kaki tangan, sakit kepala, pitam, melancarkan pembuangan
air kecil, batu karang, gastrik, Demam kuning, wanita lepas bersalin dan
BUASIR. Terutama sekali (yang selalu mendapat pujian pengguna) ialah
untuk darah tinggi, Kencing Manis, lelah dan Gaut serta memecah lemak
dan dapat membantu menguruskan badan bagi mereka yang mempunyai masaalah
berat badan.
Amalan
Dengan
harga yang dapat dibiayai oleh semua peringkat (Pelanggan terdiri dari
ahli koperat dan eksekutif serta orang kebanyakan) Teh ini dapat
diamalkan berterusan untuk mendapat keputusan yang diharapkan. Minumlah
setiap masa, tambah-tambah lagi selepas makan kerana ianya dapat mencuci
makanan berminyak yang dimakan. Sekiranya kita sedang mengambil ubat
yang disarankan oleh doktor, tidak jadi masalah untuk terus meminumnya
kerana ianya bukanlah ubat tetapi lebih kepada penawar yang membantu
ubat yang dimakan untuk bertindak lebih berkesan.
No comments:
Post a Comment