SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI :)

Sunday 30 September 2012

bunga mukmin/bunga ratu pari

Bunga Ratu Pari


Bunga Mukmin juga dipanggil Bunga Ratu Pari tumbuh dikawasan pergunungan Nepal. Ianya telah digunakan sebagai penawar sejak berkurun dahulu. Air dari rendaman bunga ini telah menjadi ratu penawar pada pelbagai penyakit. Harus diingatkan yang Bunga ini bukanlah satu jenis ubat, tetapi lebih merupakan minuman penawar yang boleh diamalkan sebagai satu alternatif kepada ubat-ubatan yang begitu mahal dipasaran dengan pelbagai risiko apabila disediakan secara saintifik dimana kebanyakkannya tidak dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan dan sesetengahnya mengandungi bahan kimia yang membahayakan pengguna. Dengan bunga asli yang memang anugerah dari Allah kita mempunyai keyakinan yang ianya tidak memberi kesan yang tidak baik apabila mengamalkannya InsyaAllah.
Bunga Herba Perubatan ini juga dalam nama saintifik dipanggil 'GOSSAMPINUS MALABARICA'. Sila CLICK. Lihatlah bagaimana lebih dari 900 laman web membincangkan tentang produk ini, dan digunakan diseluruh dunia.

Teh Ratu Pari

Teh Ratu Pari adalah nama yang kita berikan kepada rendaman bunga ini, Khasiatnya telah menjadi penawar besar kepada banyak pengguna. Begitu ramai yang telah memberi kepujian tentang khasiatnya. Bagi mereka yang tidak berpenyakit menyatakan mereka lebih tenaga dan banyak peluh, begitu juga yang mempunyai penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis, Gaut dan yang mempunyai masaalah berat badan telah memperolehi hasilnya. Khasiatnya Membantu membuang toksid dalam badan, membantu memulihkan tenaga, menghilangkan bisa-bisa
dalam tubuh dan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit seperti sakit urat, lengoh dalam badan, Tenaga batin, memelihara badan selepas penat bekerja, kebas kaki tangan, sakit kepala, pitam, melancarkan pembuangan air kecil, batu karang, gastrik, Demam kuning, wanita lepas bersalin dan BUASIR. Terutama sekali (yang selalu mendapat pujian pengguna) ialah untuk darah tinggi, Kencing Manis, lelah dan Gaut serta memecah lemak dan dapat membantu menguruskan badan bagi mereka yang mempunyai masaalah berat badan.

Amalan

Dengan harga yang dapat dibiayai oleh semua peringkat (Pelanggan terdiri dari ahli koperat dan eksekutif serta orang kebanyakan) Teh ini dapat diamalkan berterusan untuk mendapat keputusan yang diharapkan. Minumlah setiap masa, tambah-tambah lagi selepas makan kerana ianya dapat mencuci makanan berminyak yang dimakan. Sekiranya kita sedang mengambil ubat yang disarankan oleh doktor, tidak jadi masalah untuk terus meminumnya kerana ianya bukanlah ubat tetapi lebih kepada penawar yang membantu ubat yang dimakan untuk bertindak lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment